Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Die Welt melaporkan bahawa, warga Pakistan yang sebelum ini ditahan oleh pihak Polis Berlin berikutan serangan rempuhan lori di bandar itu bukanlah pelaku sebenar jenayah tersebut. Pihak polis juga memberi amaran bahawa penyerang masih berada di khalayak ramai dan mampu untuk melancarkan serangan yang baru.
"Kami telah menangkap orang yang salah... Pelaku sebenar masih bersenjata, bebas dan mampu untuk menyebabkan kerosakan yang baru," kata seorang sumber di dalam Jabatan Polis Jerman kepada Die Welt.
"Siasatan masih diteruskan, amat penting (untuk kami) memeriksa tinggalan DNA dan melakukan tindakan siasatan yang lain. Pada masa ini saya tidak pasti samada orang kena tahan adalah pelaku (jenayah itu)," kata Ketua Polis Berlin kepada pihak media di dalam sebuah sidang akhbar.
20 Disember 2016 - 17:17
News ID: 799616
Agensi Die Welt melaporkan bahawa, warga Pakistan yang sebelum ini ditahan oleh pihak Polis Berlin berikutan serangan rempuhan lori di bandar itu bukanlah pelaku sebenar jenayah tersebut. Pihak polis juga memberi amaran bahawa penyerang masih berada di khalayak ramai dan mampu untuk melancarkan serangan yang baru.